Kukri
Kukri atau Khukuri (Devanāgarī: खुकुरी) adalah pisau Nepal yang berat
dan bengkok yang digunakan sebagai senjata dan peralatan. Ia juga
merupakan senjata regimen dan lambang pejuang Gurkha. Bagi ramai orang,
ia hanya dikenali sebagai "Pisau Gurkha".
Namanya disebut sebagai khu-khoo-ree, walaupun khukuri atau khookree
adalah terjemahan lebih tepat. Kukri adalah ejaan paling dikenali dan
piawai bagi nama mata sebegini.
[sunting] Rekabentuk
Kukri mempunyai mata condong pada sudut 20° walaupun sesetengah contoh
mempunyai sudut yang lebih tajam. Ia selebar 3 hingga 10 sentimeter,
panjangnya melebihi 30, tirus kearah hujung dari bahagian atas yang
lebar. Ia hampir sentiasa mempunyai satu mata dan hampir tidak pernah
mempunyai "mata palsu". Ia biasanya mempunyai belakang yang tebal dan
kelihatannya seperti gabungan antara pisau dan kapak.
Kukris kadang-kala diperbuat daripada spring daun yang di ambil dari
sistem gantungan lori. Kukris traditional biasanya mempunyai pemegang
yang diperbuat daripada kayu keras, tanduk kerbau, atau tembaga tuang.
Kadang-kala aluminium tuang digunakan dalam contoh moden. Mata kukris
biasanya sampai ke hujung. Pemegang yang dituang mungkin mencecah mata
melalui muat tekan (press fit) kerana logam panas mengecut ketika
membeku. Pemegang kayu atau tanduk biasanya dipasangkan dengan damar
pokok yang dikenali sebagai laha, juga dikenali sebagai pelekat
Himalaya. Sesetengah kukris (seperti yang dihasilkan oleh kontraktor
bagi Tentera India moden) mempunyai mata lebar dengan pemegang
dilekatkan oleh dua atau lebih rivet, biasanya dikenali sebagai
tatarajah tang penuh.
Kukri traditional terbaik adalah yang mempunyai mata keras dan belakang
yang lembut bagi membolehkan ia kekal tajam dan pada masa yang sama
mampu menahan hentakan dan seimbang sehinggakan ia mampu mendatar
sekiranya diimbangkan contohnya menggunakan jari.
Luas bilah biasanya 30–38 cm (12–15 inci) tetapi saiz berbeza-beza. Mata
melebihi 15 inci biasanya dianggap tidak sesuai digunakan. Versi
istiadat mampu mencecah sepanjang 70 cm (27 inci) long. Mata istiadat
biasanya digunakan bagi mengorbankan kerbau adalah lebih panjang.
Sarung kukri biasanya diperbuat daripada kayu dengan pembalut kulit.
Kerja kulit biasanya dihasilkan oleh sarki. Sarungnya juga memegang dua
pisau kecil yang dikenali sebagai karda dan chakmak. Karda adalah mata
tambahan kecil yang digunakan bagi banyak kegunaan. Chakmak digunakan
bagi mengasah mata bilah dan juga boleh digunakan bagi menyalakan api
dengan batu api. Batu api kadang-kala dibawa bersama dalam uncang yang
dilekatkan bersama sarung.
Kukris biasanya mempunyai lekuk atau sepasang lekuk berturut pada
pangkal bilah, "kaura" atau "cho", terletak berhampiran pemegang.
Pelbagai sebab diberikan baginya, keduanya secara pratikal dan istiadat:
bahawa ia boleh digunakan bagi memerangkap hayunan pedang; bahawa ia
membenarkan darah atau damar jatuh dari mata bilah dan tidak sampai ke
pemegang; bahawa ia menandakan hujung bilah semasa mengasah; bahawa ia
menandakan bahaya (potency); bahawa ia mewakili dewa Hindu, Kali. Kukri
juga boleh mempunyai hiasan , termasuk "aunlo bal" (jari tenaga / kuasa /
kuasa), alur yang lebih dalam dan sempit pada contoh moden, termasuk
juga satu atau lebih "chirra", yang merujuk kepada lekuk lebih cetek
pada perut bilah atau petak kosong pada tepi mata [1]. Alur ini
dikatakan melambangkan tombak dewa Siva. Terdapat kisah lain mengenai
erti hiasan ini. Seringkali pembuat pisau akan meletakkan tanda
pembuatnya juga berhampiran pemegangnya.
[sunting] Sejarah
Pegawai Gurkha dalam kontigen Gurkha, peronda Pasukan Polis Singapura
meronda sekitar Bandar Raffles semasa Sesi IOC ke 117. Topi Terrai
Gurkha yang condong dan Kukri dapat dilihat dilekatkan pada belakang
tali pinggangnya.
Kukri digunakan oleh pasukan Gurkha dalam Perperangan Anglo-Nepal dan
juga semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Orang-orang Nepal
menggunakn pisai ini semenjak berusia lima tahun. Semasa Perang Dunia
II, rekrut Gurkha cenderung menggunakan kukri yang dihasilkan oleh
tukang besi perkampungan mereka sendiri berbanding mata yang diberikan,
yang dihasilkan secara pukal. Kualiti matanya berbeza-beza. Ia terdapat
dalam pelbagai saiz dari kecil kepada sebesar pedang. Mereka yang
menghasilkannya dikenali sebagai Kamis (pembuat pisau) dan Kamis
merupakan ahli kasta "tidak boleh disentuh".
Gurkha, terkenal sebagai tentera yang berani yang telah menggunakan
kukri sebagai senjata pisau semasa berkhidmat dengan British, adalah
ahli kasta Kshatriya. Penjajah dari India dari segi sejarah kekal di
sana, dan menambah kepada kehidupan sosial/ethnik/budaya negara
tersebut. Gurkha adalah orang Asia Timur, sungguhpun ia diperdebatkan
samaada mereka berpindah ke bahagian selatan Himalayas, atau di mana di
utara mereka berbindah pergi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar